
Saya pernah melihat sendiri burung tukang dari jarak dekat pada siang hari serta dengan jelas dapat melihatnya dikawasan terbuka dialam semulajadi dengan mudah.Bukan semua orang dapat peluang begitu.
Pada permulaannya,ia agak curiga dengan kehadiran saya maka dengan berhati-hati serta perlahan saya menghampiri ia dengan niat sekadar untuk melihat sahaja tanpa mengganggu.Setelah seminggu begitu,ia telah biasa dengan kehadiran saya dan tidak lagi melihat saya sebagai suatu ancaman bagi ia terus kekal mengeram telurnya disitu.
Cara pendekatan sebegitu kebanyakkannya berjaya bagi mendapatkan kepercayaan dari makhluk hidup yang lain serta boleh diamalkan.
Kebiasaannya,orang hanya akan dapat mendengar bunyi ia "bertukang" pada waktu malam hari ditempat yang kurang pencahayaan dengan jarang sekali seseorang itu dapat melihat bagaimanakah rupanya dengan jelas.Ia didapati berbunyi dikebanyakan dikawasan berhampiran penempatan diluar bandar atau pinggir bandar.Dibandar besar tidak diketahui pula kehadirannya disana secara semulajadi atau ada orang membelanya.
Pada waktu malam, ia akan mula berbunyi seawal senja lagi hingga ke pagi dengan bunyi yang jelas tapi kurang mengganggu bagi kebanyakkan orang untuk tidur malam.
Dikatakan juga oleh orang pada kebiasaannya ditempat ianya berbunyi itu ,sebagai petanda awal;akan ada dibina rumah atau apa-apa sahaja pembinaan.
Tapi sayang sekali bagi siburung tukang itu,ia hanya sekadar heboh "bertukang" bagi menghebahkan pada orang lain akan adanya dibina rumah disitu atau sebarang pembinaan tanpa ia menyedari yang ia telah terlupa untuk membina "rumah" sendiri dan sekadar berharap keadaan disekelilingnya dapat membantu ia untuk terus hidup serta membesarkan anak-anaknya dengan selamat(kononnyalah).
Sikap begini tidak sepatut ada pada manusia yang mampu dan boleh berusaha kearah hidup yang lebih baik dengan tanpa mengabaikan kebajikan serta keselamatan diri dan keluarga.
Burung tukang memilih untuk bertelur serta mengeram diatas tanah yang sedikit berumput dikawasan lapang dibawah pepokok berdaun rendang yang redup dibawahnya bagi berteduh dari hujan dan sinar matahari.Ianya lansung tidak membuat apa-apa binaan atau bertukang bagi membuat sarangnya.Ia adalah jenis haiwan yang aktif pada waktu malam manakala kurang aktif diwaktu siang.Matanya peka pada cahaya.Burung tukang dengan mudah dapat menyamarkan diri dengan keadaan disekelilingya dan hampir-hampir tidak dapat dilihat walau pada siang hari yang terang.Saya sendiri hampir-hampir terpijakkan burung tersebut ditempat ia mengeram dengan sifatnya yang hanya mendiamkan dirinya sahaja.Ini bukan suatu jaminan keselamatan ia,telur atau anaknya dari ancaman musuh dan bahaya-bahaya lain.Saya sendiri pernah beberapa kali melihat ia terbang pergi meninggalkan "sarangnya" untuk menyelamatkan diri setelah berjaya dikesan dan dihampiri oleh seekor biawak untuk memakan kesemua 2 biji telurnya itu.Musuhnya boleh dengan mudah mendapat makanan tanpa mendapat banyak halangan dari burung tukang.Selain itu, sekiranya ada orang berlari laju serta kebetulan pula lalu disitu pastilah ia akan mati terpijak takpun terkena mata pisau atau sabit orang membersih kawasan disitu maka tamatlah riwayat siburung tukang beserta zuriatnya juga.
Sekian sahaja dari saya buat tatapan dan renungan bagi orang yang mahu berfikir pada setiap kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan